Rabu, 3 Ogos 2011

I want 2 spend my lifetime loving u!

Hurm...
Tidak sampai 5bulan je lagi...
Cepatnya masa berlalu...
Diam tak diam, tahun depan dia akan tinggalkan kita...
Kami akan terpisah dalam jangka waktu yang amat lama...
Terlalu lama bagi kita...
Lama sangat...

Dia akan tinggal di kampung...
manakala kita, masih tinggal di rumah yang sama tempat kita dibesarkan..
orang mungkin tidak perasan, tapi sebenarnya jangka masa kami sekeluarga tinggal di rumah itu adalah seusia dengan umur kita,...
Jadi tidak peliklah kalau kita rasa bosan kan??
Lagipun, kita bukan macam remaja lain yang diberi kebebasan dan kebenaran untuk keluar berjalan dengan rakan-rakan...
Nur "special" sikit...

Kalau Cinderella, teman yang setia menemaninya adalah haiwan-haiwan kesayangannya...
Samalah...
Nur ada "baby jaguar" yang setia menemani nur...
Dialah yang teman nur nangis, ketawa, tidur, kareoke, tengok tv dan makan (kalau nur seorang diri)...
Mandi??
Mestilah tidak...
Kita tak mahu dia basah...
kalau dah basah tak best nak peluk...

Oh ye!
Lupa nak beritahu...
Nama dea Elina!
Cute kan nama 2?? ^_^

Hurm...
Mungkin selama-lamanya Elina je yang akan temankan nur...

Hakikat!
Sesiapa sahaja yang rapat dengan nur, pasti akan tinggalkan nur...
tapi nur masih boleh dikatakan bernasib baik sebab mereka semua cume tinggal hidup...
Jadi nur masih boleh berhubung dengan mereka kan??
ye!
Fikir positif bolehlah cakap macam itu...
tapi kalau korang ada kat tempat kita baru korang betul-betul rasa sayu...

Kita akan terfikir yang kita ni memang tidak layak untuk hidup berteman...
Mungkin Nur memang dilahirkan untuk hidup seorang diri tanpa teman...

Mungkin sebab itu juga yang membuatkan Nur susah sangat nak terima seseorang yang istimewa untuk Nur...
tapi bila nur dah terima, Nur tak nak lepaskan!
Nur tidak mahu kehilangan orang yang rapat dengan nur lagi...
Bukan sebab nur nak korbankan kebahagiaan dia...
Langsung tidak!!
Kita cuma terlampau sayangkan dia sampai kita rasa yang kita terlalu pentingkan diri sendiri...
Selfish sangat!
Kita patutnya fikir bahawa memang berhak sangat dapat seseorang yang jauh, jauh, jauh lebih baik daripada kita...
Dia berhak...

Jelas sekali disebabkan perangai kita ni, dia dah terseksa sangat...
Mungkin daripada dahulu lagi dia nak tinggal kita tapi perkara yang membuatkan dia masih terus bersam kita dan tidak ungkapkan perpisahan sebab kesiankan kita...
Jahatkan kita??
Menangisi sesuatu yang memang bukan milik kita...
Ingin memiliki benda yang bukan milik kita...
Kenapa kita egois sangat??
Kenapa susah sangat kita nak lepaskan dia??
Kenapa kita tak boleh relakan saja??
Kenapa kita terlalu menyayangi dia melebihi diri kita sendiri?
Kenapa??

Abang...
Nur sayang sangat kat abang...
Nur minta maaf atas semua kesalahan nur pada abang...
Nur patut sedar yang memang tak ada hak untuk membuat abang bersama nur...
Bagi nur, Nur cuma mahu 1sahaja cinta dalam hidup nur...
Nur tak nak lebih....
Terima kasih atas semua kasih sayang yang abang telah curahkan pada nur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan