Rabu, 1 Jun 2011

Cuti-cuti sekolah...

Cuti sekolah dua minggu...
Hurm...
Apa nak buat ek???

Ada antara kawan-kawan kita yang kerja...
Agak-agaknya best ke dapat kerja sewaktu kita tengah belajar lagi? I mean masih belajar...
Kenapa ada sesetengah parents yang tidak kesah sekiranya anak mereka hendak bekerja... Sedangkan usia mereka belum mencecah 20 tahun... At least, 18 tahun pun jadilah... tapi ini tidak! Usia semuda 13tahun pun ada yang telah diberikan kebenaran untuk bekerja..
Tempat yang selalunya sinonim dengan mereka semua ini adalah macam bekerja di KFC, Mc Donald, jadi waiter di restoran, bla bla bla.....
Parents mereka tidak risau ke???

Mungkin kita rasa pelik sebab ayah sememangnya tidak pernah memberi atau mengizinkan kami (nur n kakak) bekerja... Kalau kita still boleh terima lah, tapi kakak nur yang dah 21tahun pun masih tidak dibenarkan bekerja... Bukan lah hendak bekerja sewaktu sedang belajar ataupun kuliah, tapi bila cuti semester... Ayah lebih rela melihat anak-anak nya berada di rumah, berbanding di luar...
Nur faham sangat kenapa ayah sanggup buat macam tu... Ayah sayang sangat dengan anak-anak dia... Yelah, mana tidaknya dua-dua anak dara... Bak kata orang pun, "Hendak menjaga lembu sekandang lebih mudah berbanding menjaga anak dara seorang"...
Betul kew?? Secara jujur kita tidak suka dengar orang cakap macam tu... Kalau orang cakap macam tu, mcam menjatuhkan martabat perempuan je tau! Yelah, tidak perlu lah samakan perempuan dengan lembu kan? hurm...

Ayah selalu cakap, "belum masanya korang nak bekerja..... sekarang ni, tanggungjawab korang satu sahaja: BELAJAR!!! Bila kau belajar, tahap kerja kau tentu akan semakin tinggi... Dan bila tiba waktu untuk kau kerja, kau kerja lah betul-betul... Jangan pula waktu itu kau tidak mahu bekerja pula..."
Bila fikir balik, ada betulnya juga kata-kata ayah itu...
Yelah, mana ada ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya terseksa... Semua yang dilakukan pasti ada sebab musabab nya... Pasti ada kebaikan nya... Tapi kadang-kadang kita sahaja yang tidak tahu dan tidak perasan.. Biasa lah... Nur pun kadang-kadang melawan dan memberontak juga... (budak terejal memanglah! hehehhe)

Tapi, cuti kali ni... Macam biasalah... Balik JB!! hehhehe
Kampung kita memanglah kat Batu Pahat, Johor... Tapi, saudara mara kita yang rapat, hampir semua tinggal dekat Johor Bahru... Jadi JB sudah jadi macam rumah kedua kita dah tau!
Lepas tu baru rancang nak balik kampung...
Hah... Jangan tidak tahu! Sebelum cuti sekolah, ayah dah suruh kita list kan semua perangcangan yang kitorang nak buat kat kampuang... Antaranya: Wadi Unung (nama wakaf yang kitorang buat sama-sama kat kampung); cat, wiring, pasang lampu, letak kipas, hias! hehehhe

Betapa sayangnya ayah kat kita sampai sanggup korban masa dan tenaga untuk ajak semua saudara mara buat satu wakaf kat kampung.. semuanya hasil daripada pujukan kita kepada ayah.. Demi kita, ayah sanggup ambil cuti semata-mata nak buat Wadi Unung tu tau.... Kita rasa beruntung dan bertuah sangat tau! ^_^

Lepas tu kan, ayah planning nak bawa cuti-cuti pergi Melaka!! Wah.. bestnya dapat pergi kampung dia.. hihi
Memanglah, kalau nak diikutkan memanglah satu semenanjung Malaysia kita dah pernah pergi... Tapi, mesti ada some parts yang terlepas pandang kan?? so, kita memang betul-betul nak menghayati setiap tempat yang kita pergi, supaya kita dapat timba lebih banyak pengalaman yang indah... Lebih-lebih lagi tempat "si dea" kan?? hehehe

erm...
Entahlah, dua tiga minggu ni... Ayah ibu asyik cakap pasal Melaka jew... Macam tau-tau je "bakal menantu" mereka orang Melaka... hehhehe (amboi gatai)
amin... kalau ye pun apa salahnya kan?? hihihi

Kita harap sangat satu hari nanti, kita ada chance nak jalan-jalan dengan dea pula... tetapi yang pasti di dalam pengetahuan ayah ibu... Yelah, restu ayah ibu kan penting untuk menjamin kehidupan yang lebih bahagia kan?

Hurm...
Sabar NUR.... Insya'Allah, kalau jodoh tidak ke mana... betul tak? >_<
(  ) (  )  ( )( )
(@_@)  (^_^)
((,,)(,,)) ((,,)(,,))