Jumaat, 20 Mei 2011

Susah ke nak percaya kat nur?

Jangan Tuduh Aku~Wali Band

Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah ucapanmu adalah doamu


Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah tuduhanmu
Akhirnya yang ajariku ‘tuk selingkuh


Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah ucapanmu adalah doamu
Dan jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Akhirnya yang ajariku ‘tuk selingkuh


Reff:
Makanya kamu jangan sembarangan berkata
Karena setiap kata adalah doa
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Akhirnya aku selingkuh


Makanya kamu jangan sembarangan berkata
Karena setiap kata adalah doa
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Akhirnya aku selingkuh


Benda yang beza dekat sini cuma satu je...
Kita tidak pernah "selingkuh", walaupun dia selalu bergurau pasal kita banyak scandal lah apa lah...
Hurm...
Terus terang kita tidak suka sangat bila dia bergurau pasal benda-benda macam tu...
bukan apa, kita akan rasa seolah-olah dia sedang mensyaki or menuduh kita pasang lagi satu sedangkan kita tidak pernah buat macam tu...
tidak akan!
Kita still waras kowt!

Tapi pasti ada sahaja perasaan curiga dalam dirinya terhadap kita...
Kenapa?? Why?? Otoke?? Wei she me?? arghh!!
Kita ni biasa sahaja...
Rupa, tidaklah seperti Nora Danish... biase je!
Tinggi, hurm... sedang-sedang sahaja...
Baik? Hah! Terejal adalah....
Manje?? erm... err... AMAT MANJE!! hehehe

"Baby, hanya akan manja dengan orang yang baby sayang je..."
Petikan dialog cerita 'Sinderela'.. lakonan Sharifah Amani & Brond Palare...

Kita suka sangat cakap macam tu kat dia...
sebab memang kita hanya akan manje dengan orang-orang yang kita sayang sahaja...
termasuklah dia....

Kita tahu, kita tidak seharusnya memaksa seseorang untuk mempercayai kita bukan?
tetapi... hurm..

Mungkin kita patut bagi dia ruang untuk mengenali diri kita tanpa bantuan kita...
hurm...
Kita takut sangat satu hari nanti, disebabkan perasaan curiga dia pada kita akan menyebabkan dia terlalu mudah untuk terpengaruh dengan kata-kata orang yang cuba menjejaskan hubungan kami...
Itu salah satu perkara yang kita seboleh-boleh nak hindari...
Sebab kalau dia sendiri tidak percaya pada diri kita, mudah bagi orang lain untuk menabur fitnah...
Bukankah kepercayaan terhadap pasangan itu amat penting dalam sesebuah perhubungan??
hurm..
Kita sentiasa berdoa agar dia paling tidak pun dapat kurangkan sikit rasa curiganya pada kita..
sikit pun jadilah...

Kita tidak mahu mencurigainya sebab kita benar-benar percaya akan kejujurannya terhadap kita...
Dan kita akan kekalkan begitu...
Bukan bermakna kita langsung tidak rasa curiga pada dia, tapi dalam jumlah yang amat sikit...
sikit sangat... dan tidak mahu lebihkan...

Walaupun terjadi, insya'Allah kita akan tetap cuba untuk pertahankan hubungan kami dengan sebaik mungkin... Kita tetap akan bersabar... (walaupun cepat sangat melenting.. -tapi cepat cool tau!-)
Kita tidak akan memutuskan hubungan ini melainkan dia yang nak....

Hurm....

Ahad, 15 Mei 2011

Gaduh, gaduh, gaduh!!!

Hai semua...
mesti tertanya-tanya kan kenapa nur letak tajuk ni??
Hurm..
Sebab inilah hobi kitorang berdua!
kalau satu hari tidak bergaduh, rasa macam tidak sah langsung tau...
mesti hari yang kita jalani akan rasa kekurangan dan tidak lengkap... macam itu jugalah hidup kita kalau tidak ada dia... kalau kitorang bergaduh, "express" sangat tau... kalau Formula1! hehe

Hurm...
terus terang, sebenarnya kita akan rasa sedih sangat setiap kali kami berdua bergaduh sebab satu benda sahaja yang bermain di fikiran kita ialah "Dia akan tinggalkan kita!" :'(
Kita takut sangat!!
Sebenarnya, setiap kali pergaduhan kami... Semuanya bermula daripada diri kita sendiri!
diri kita yang kuat sangat cemburu, kuat sangat merajuk, kuat sangat mengungkit, kuat sangat melenting, kuat sangat menyakitkan hati dia, tidak nak mengalah dan ego.
Jahatkan??

Kenapa lah perangai kita ni terok sangat??
tidak bersyukur ke dengan ketabahan dan kesabaran seorang lelaki yang terlalu baik ni?
Susah sangat ke kita nak ingat bahawa zaman sekarang ni memang susah sangat nak dapat lelaki macam dia lagi di dunia ni?
Kalau ada pun mesti cume sebilangan kecil sahaja tau!
tak bersyukur betul nur ni kan??

Andai kata lah dia ada niat nak tinggalkan kita, memang padan dengan muke kita kan!
hurm..
tapi kita tak nak! kita takut... :'(

Kita sepatutnya faham diri dia macam mana!
dah 4tahun kot! takkan tak faham-faham lagi??
kalau abang merajuk pun memang patut! tapi biasalah manusia, mesti ego, keras kepala dan susah nak mengalah.. macam nur lah... (mengaku pon!) :-p

tapi semakin hari semakin takut pula...
rasa macam makin jauh... memanglah tiap kali gaduh, hari itu juga kami baik... tapi takut lah kalau disebabkan pertelingkahan yang sering terjadi antara kami lah yang menjadi jurang antara diri kami sendiri..
Itulah yang kita takut sangat!
salah... TAKUT GILERZZZ!!!! :'(

Setiap hari kita cuba untuk berubah... nak mengalah... nak jadi yang terbaek untuk dia... nak jadi yang sempurna di mata dia... tapi, ada ke manusia yang sempurna??
Haish!
Banyaknya kelemahan yang ada pada kita! Kita berazam nak berubah lagi!
Berubah jadi nur yang lebih baik!
Nur yang pendiam dan tidak rapat dengan mana-mana lelaki... (cakap bila perlu)
Nur yang pandai jaga diri dan tidak selalu buat benda bodoh... (belajar daripada dia sebab dia selalu buat!)
hurm... tapi boleh kew??
nak transform jadi nur yang sekarang pun susah... 6tahun makan masa... ni nak jadi nur lama balik..
ingat lagi ke??

erm...
tidak mengapa!
kita ada lagi 9tahun untuk transform...
alon-alon janji kelakon! heheheh
(perlahan-lahan, yang penting buat!)

Demi abang...
Insya'Allah nur akan sentiasa cuba untuk jadi yang lebih baik....
tetapi andai kata abang jumpa yang lebih baik... (memang sentiasa ada yang lebih baik)
Nur relakan semua benda yang terjadi...
Abang adalah antara perkara yang paling indah yang hadir dalam hidup nur!
Setiap saat bersama abang adalah kenangan yang terlalu indah bagi nur...
dan pastinya nur tidak akan lupakan langsung setiap satu daripadanya sebab semua ada kisah tersendiri...
terlalu manis dan indah untuk nur lupakan...
TAKKAN NUR LUPAKAN!!!


Sabtu, 14 Mei 2011

Sayang Bukan Rahsia!

Ini kisah benar. ( tapi bukan kisah kita) hehehe...

Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.

Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"

Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

"Mungkin itu yang dia cuba buat pada kita... Dia takut sangat kehilangan kita sehingga tak pernah jemu untuk cakap yang dia sayangkan kita TIAP-TIAP HARI, SAAT DAN KETIKA!! hehehe"