Ahad, 15 Mei 2011

Gaduh, gaduh, gaduh!!!

Hai semua...
mesti tertanya-tanya kan kenapa nur letak tajuk ni??
Hurm..
Sebab inilah hobi kitorang berdua!
kalau satu hari tidak bergaduh, rasa macam tidak sah langsung tau...
mesti hari yang kita jalani akan rasa kekurangan dan tidak lengkap... macam itu jugalah hidup kita kalau tidak ada dia... kalau kitorang bergaduh, "express" sangat tau... kalau Formula1! hehe

Hurm...
terus terang, sebenarnya kita akan rasa sedih sangat setiap kali kami berdua bergaduh sebab satu benda sahaja yang bermain di fikiran kita ialah "Dia akan tinggalkan kita!" :'(
Kita takut sangat!!
Sebenarnya, setiap kali pergaduhan kami... Semuanya bermula daripada diri kita sendiri!
diri kita yang kuat sangat cemburu, kuat sangat merajuk, kuat sangat mengungkit, kuat sangat melenting, kuat sangat menyakitkan hati dia, tidak nak mengalah dan ego.
Jahatkan??

Kenapa lah perangai kita ni terok sangat??
tidak bersyukur ke dengan ketabahan dan kesabaran seorang lelaki yang terlalu baik ni?
Susah sangat ke kita nak ingat bahawa zaman sekarang ni memang susah sangat nak dapat lelaki macam dia lagi di dunia ni?
Kalau ada pun mesti cume sebilangan kecil sahaja tau!
tak bersyukur betul nur ni kan??

Andai kata lah dia ada niat nak tinggalkan kita, memang padan dengan muke kita kan!
hurm..
tapi kita tak nak! kita takut... :'(

Kita sepatutnya faham diri dia macam mana!
dah 4tahun kot! takkan tak faham-faham lagi??
kalau abang merajuk pun memang patut! tapi biasalah manusia, mesti ego, keras kepala dan susah nak mengalah.. macam nur lah... (mengaku pon!) :-p

tapi semakin hari semakin takut pula...
rasa macam makin jauh... memanglah tiap kali gaduh, hari itu juga kami baik... tapi takut lah kalau disebabkan pertelingkahan yang sering terjadi antara kami lah yang menjadi jurang antara diri kami sendiri..
Itulah yang kita takut sangat!
salah... TAKUT GILERZZZ!!!! :'(

Setiap hari kita cuba untuk berubah... nak mengalah... nak jadi yang terbaek untuk dia... nak jadi yang sempurna di mata dia... tapi, ada ke manusia yang sempurna??
Haish!
Banyaknya kelemahan yang ada pada kita! Kita berazam nak berubah lagi!
Berubah jadi nur yang lebih baik!
Nur yang pendiam dan tidak rapat dengan mana-mana lelaki... (cakap bila perlu)
Nur yang pandai jaga diri dan tidak selalu buat benda bodoh... (belajar daripada dia sebab dia selalu buat!)
hurm... tapi boleh kew??
nak transform jadi nur yang sekarang pun susah... 6tahun makan masa... ni nak jadi nur lama balik..
ingat lagi ke??

erm...
tidak mengapa!
kita ada lagi 9tahun untuk transform...
alon-alon janji kelakon! heheheh
(perlahan-lahan, yang penting buat!)

Demi abang...
Insya'Allah nur akan sentiasa cuba untuk jadi yang lebih baik....
tetapi andai kata abang jumpa yang lebih baik... (memang sentiasa ada yang lebih baik)
Nur relakan semua benda yang terjadi...
Abang adalah antara perkara yang paling indah yang hadir dalam hidup nur!
Setiap saat bersama abang adalah kenangan yang terlalu indah bagi nur...
dan pastinya nur tidak akan lupakan langsung setiap satu daripadanya sebab semua ada kisah tersendiri...
terlalu manis dan indah untuk nur lupakan...
TAKKAN NUR LUPAKAN!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan